Catatan

Khasiat Pokok Malberi

Imej
KHASIAT POKOK MALBERI 9 FEBRUARY 2018 Beberapa hari yang lalu,  sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye. Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa pulak? Sebabnya, daun  Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa  makan daun ini,  ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU. Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai  bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini  Apa tidaknya, dah lama dia  mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang,   karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas. Kemudian dia buat pemeriksa...